Friday, August 16, 2019

Matriculation Memories


ASSALAMUALAIKUM!!!!

Dah lama tak update sebab macam biasa la, semua benda update dalam diary hehe. Ok I have less than 20 days for entering uni. Aku nak manfaatkan saat-saat terakhir kat rumah dengan menceritakan tentang kehidupanku di KMP ╰(✧∇✧)╯

Ok baiklah firstly aku bersyukur aku dapat survive 10 bulan dekat matriks. I could say my matrics life was one of the happiest phase of my life. If I had a time machine I would go back to those matrics days, but without tutorials, lectures, assignments and exams HAHAHAH. 

24 November 2018, ada program Englishvaganza. Satu team kena ada berapa orang tah guwe dah tak ingat. Ada scrabble, found poetry, beat the tune, and UNGA.  Aku masuk scrabble jeeee mampu lol tu pun sebab nak markah koko. Dah masuk sem 2 baru terhegeh hegeh nak kumpul markah koko. Yang paling best beat the tune. Berapa banyak kali diorang tukar lagu pastu dengan teamwork teruknya (ceh macam tahu sangat apa yang berlaku) diorang banyak kali fikir nak tarik diri. Tapi last2 they made it jugak. Perform betul classmate aku ni ahaks. Pastu announcement pemenang,, kitorang dapat nombor 4/5 rasanya over 12 groups kot? Hebat siot. Unexpected betul, mesti aku dah sumbangkan banyak markah sebab main scrabble tu (perasan) 

A5P3 ヾ(。・ω・)シ (Peah MIA, busy drummer) 
Esoknya pulak ada photo shoot session untuk setiap tutoran. Dah tetapkan beberapa konsep so kita pilih je. Kitorang buat konsep harry potter (la sangat) semua gambar tak cantik dohhhh hahahahah cedih.

Tutoran A5T3B <333

Praktikum A5P3 (ؑᵒᵕؑ̇ᵒ)◞✧ 
Done photo shoot. Sepanjang minggu tu serious busy gila dengan practice cheer-leading untuk KAGEM lagi. Cehhh cheer-leading wei bukan beshe beshe. Practice sampai hampir pukul 12 pulak tu pastu tak sempat dinner kadang2. Dapat la rasa lost weight kejap. Ni pun masuk sebab nak markah koko. Tak sangka aku masuk benda tu hahahahaha takpe la bukannya orang kenal aku pun.

Blok A3. Can't remember our tagline lol
                             
A3's cheer leaders gitewww

Our block didn't win but it's okay I still had fun, just to have experience gitu.

Seminggu lepas tu cuti tahun baru (?) kot selama seminggu. We were given an assignment for english, we had to do a volunteering activity. Soooo our group and another group decided to do it during the holidays which was at Zoo Negara. Procedure dia mula2 kena call nombor dekat website zoo tu pastu tetapkan date bila nak pergi, then pergi je time tu and sediakan duit RM40 tak silap aku. Jangan lambat ok sebab makcik jaga counter tu grumpy betul eyy menyampah aku. Kitorang lambat sikit tapi nasib baik tak kena halau lol.  Then masuk akan ada pekerja zoo bahagikan kumpulan untuk ke tempat2 yang disuruh. Mula2 kitorang kena pergi kat tempat haiwan mana tah lupa dooo hahahahah nanti aku baca report untuk assignment ni jela hahahaha. Basically volunteering ni cuma bersihkan tempat haiwan2 tu je, menyapu daun kering je. Tapi taktau la volunteers lain ada buat benda lain jugak kot. Paling extreme pun yang kitorang buat bagi sunbear makan roti. Tapi penat gila buat volunteering kat tengah panas pulak tuuuu. Forgot to mention that I lowkey had a crush on this guy yang sama group dengan aku. Dia student UniKL, diorang pun tengah buat volunteering kat situ. Masa tengah menyapu sama2 tu aku ingat nak approach dia dulu tapi dia yang approach dulu. Kot??? Aku tak ingat la haahaha tapi ada borak sikit2 yang dia dulu student politeknik and dari penang. Dia masuk UniKL sebab malas nak tunggu 2nd intake nak masuk degree. Time nak balik tu aku tak bye kat dia pun. I always think about him at the most random times, wishing that I would meet him again (gitewww) Kitorang volunteer setengah hari je, sampai pukul 12 je. Dah selesai, kitorang pusing zoo tengok haiwan. Never actually dreamt of going to zoo with my friends, it just happens hahaha. Actually bayar untuk volunteering lagi berbaloi daripada bayar as pengunjung. Lagi murah. Highlight of the day was tengok panda!! 


Tido jeee. What a mood. Dah pusing seluruh zoo then kitorang pergi mall mana tah tak ingat pastu makan boat noodle. Pastu balikkk. Penat gila but it was fun though. 





Everything that I write here are based on my ig posts, maybe ada tertinggal beberapa event huhu. 

February 17, ada Feskem. Sepanjang minggu feskem tu ada program pencetus ummah, sepak raga, pertandingan khat, explorace & super spontan islamik. Aku join explorace with my another 5 classmates. And guess what???!!! Nama team kitorang 'Rempit-rempit sejati" HAHAHAHAH idea sape la ni ennn mesti la bukan aku. Pastu plan pakai tshirt kolej yang warna kuning tu dengan warna pink hshsshshs what a combination. Penat weh main explorace kena sentiasa berlari. Team kitorang padu la jugak tapi dapat saguhati je HAHAHAH. Time ustaz Asri nak umumkan group dapat saguhati tu dia cakap "haaa group ni memang tak patut menang" and dia announce la nama group kitorang tu, kitorang pun semua macam taknak pergi depan sebab malu then ada la sorang wakil sanggup ambik ke depan walaupun malu HAHAHAHAH. ustaz terkejut and kata "laaa group perempuan ke.. haa takpe ni rempit ke syurga ni" HAHAHAHAJSDHKAJHSKJHF lawak do. Ok pastu time nak tangkap gambar dengan peserta2 lain ada pulakkk laki yang tegur then cakap "malam cuti buat apa? rempit onz" something like dat and ada yang "vroom vroom" kat kitorang asskdksdj what the heck sorry sikit kitorang weng weng okay HAHAHAHA. Tapi serious penat main explorace ahahah. 


Seminggu lepas tu ada minggu kebudayaan kot tak silap. Masuk explorace jugak tapi team tak paduuuu. Tak dapat nombor langsung ahaks. Sama je penat adei dua minggu berturut turut masuk game yang sama. The next week pulak masuk orienteering ahahahaha macam explorace sikit. Kurus wei aku sepanjang 3 minggu tu. Aktif teroks lol.

     March 3, ada color run. Basically aktiviti tu macam tengok unity antara kolej..... and diberi packets of serbuk warna pastu baling2. Aku tak nampak motif benda ni,,, bagi aku tak berapa best haha. Aku takde gambar proper pulak. 
Bulan march tu musim sakura dah bermula. Tapi kejap jee dalam seminggu camtu. Memang cantik tangkap gambar tapi aku takde gambar cantik sangat macam orang lain haha tiber. Sir Amri cakap tu simbolik perpisahan..... nak tamat matriks dah :( dia cakap "nanti bunga dah hilang dengan hampa2 sekali hilang" sedih wei. 




rempit sejati 5/5
a5p3 girls


Cantik kannn. /plays ioi's when the cherry blossoms fade/

Madam Ainis bagi final task untuk english which was..... kitorang kena buat music video based on motivational songs!! Soooo group aku dengan cheng & mamu. Aku pilih la lagu owl city- to the sky. Madam bagi tempoh dua minggu untuk siapkan mv. So minggu pertama tu rilek2 dulu fikir story line,, pilih lagu semua tu. Minggu kedua baru start shooting, biasa ah suka buat kerja last minit. Sp

Raya Haji vacation

Assalamualaikum!

Harini nak update pasal cuti raya haji haritu. Sabtu (10/8) pagi bertolak ke kampung around jam 8 pagi pastu jalan jam gilaaaa wei sampai kampung pukul 4 petang. Esoknya raya, macam biasa la pergi sembahyang raya kat masjid, lepastu tengok lembu korban. Balik tu makannnnn ha menu special laksa,, sedap wei. Tak minat laksa tapi yang acik buat tu sedap gilerrrr ahaks. Petang tu dalam pukul 3 macam tu bertolak pergi Teluk Senangin. Pastu sampai laaa chalet kawan abah... then terus pergi pantai tengok sunset.




Esoknya, lepas subuh mandi lautttt. Best weh mandi situ sebab ombak kuat. Air pun bersih je. Lama jugak kitorang mandi hampir 4 jam jugak la hohoho. 


Ha budak2 tu (cousins) pun ada jugak. Selalu kalau bercuti ke laut je mesti ada diorang sebab paksu geng memancing dengan abah lol. Mandi pun kena babysit si Aimi tu haaa. 


Look what dayah found,,,, a beautiful creature ;>> Time mandi tuuuu abah, umi, paksu and acu buat bbq daging korban dekat pondok. Lepas makan pergi la makan dekat pondok tu haa. Sedap wei makan situ,, ada laksa, daging korban, and yang palingggg sedap durian. Rasanya makan durian 4 hari berturut turut hshshshs sedap weii durian kat situ. 





Btw abah sewa pondok tu untuk sehari RM50. Memang seharian duduk situ jela hahaha cehh takla sampai petang ja pastu orang lain duduk pulak. Petang tu, pukul 6 macam tu pergi Swiss Garden resort,,bukannya masuk check in tapi saje pergi sebab pantai kat situ lainnn hahahaha. Sampai je dekat security guard situ, abah bukak tingkap and cakap nak check in hashsdhshdsh pastu lepas jalan masuk dia cakap "i WILL check in tapi tak tau bila" HAAHHAAHHAH senang2 je masuk ek. Resort tu best weiiii memang 5 star la,,, swimming pool dia besttt tapi ramai gila orang sebab musim cuti sekolah en. Pastu ada tangga nak turun pergi pantai situ. Cantik weiii kat situ rasa macam kat luar negara je hahaha. 




 Ha singgah kejap ja pastu balik chalet. Tapi sebelum tu lepak pantai kat chalet tu dulu makan ice cream tengok sunset.



 Cantik kannnnn. Haritu pergi Tanjung Sedili kat johor tengok sunrise tapi kat sini tengok sunset. Pastu esok pagi mandi laut lagi. Tengah hari balik Rawang huhuuu bye teluk senangin. Otw nak balik tu singgah kejap menara condong kat teluk intan.



Haa ni jelah ceritanya~ last before masuk uitm :( takde orang nak baca pun apa2 pun bye!!