Friday, January 31, 2020

UiTM life ✿

Assalamualaikum and Hi! It has been 3-4 weeks since semester break started. And I suddenly just thought of writing a new entry because I am that boredddd lol I'm running out of shows to watch, even though I have yet to watch dozens of Btob's Beatcom (yeah I'm into btob these days). My last entry was about my matrics life which I didn't even finish writing it and published it just like that haha. 
So now I'm just gonna randomly write or sum up how my life as a degree student at UiTM Puncak Perdana went so far (for the first sem ofc). 

Gonna start with introducing my housemates! 

From left: piqa, ecah, hajar, ayu, jenny, deeja, iffah, sarah
Kolej kat sini style dia macam rumah. Ada 3 bilik. 1 bilik ada dua katil double decker and dua bilik lagi satu katil double decker. Ramai kan duduk serumah 8 orang!! I didn't really like it tbh I'm an introvert so it was hard for me to adapt to these people. However, I did. Housemates aku kelakar ok setiap hari menceriakan hari hariku yang suram gituw cewah. 

Ok so since kitorang semua sama fakulti, untuk sem1 untuk semua course or program semua sama kelas. Boleh daftar kelas sendiri. We choose. Ada housemate yang nak sekali kelas tapi aku elak, aku taknak. I need my own space or idk how to say it but I just don't want. Bayangkan dalam kelas hadap muka sama, rumah muka sama, pastu buat assignment sama sama kat rumah ooo please aku tak suka hahaha. I want to be independent (tiber) so aku daftar la kelas lain dengan mereka hikhik. 

Setiap subject mesti jumpa muka lain lain. So dekat kelas aku takde kawan pun, classmate lain pulak diorang sesama housemate sksksksk. Kawan setakat untuk group assignment gitu ja aku memang maleh nak berkawan dengan orang, kawan dengan housemate je pun dah cukup. Cakap pasal classmateeee, haaaa, groupmate assignment aku ada yang elok ada yang macam kdjfkasdfk rasa nak carut.

Yang elok tu Alhamdulillah, bagi tugas masing2, buat, on time, walaupun buat last minit, takpe, aku pun sama hahaha. Tapi ada pulak group untuk satu subject tu eeee!!! Baru dapat rasa groupmate tahpape sebab kat matriks dulu elok jeee semua. Tapi tak boleh compare la sebab ala kitorang classmate macam family, senang nak cooperate. Masuk uni kita tak kenal masing2, kenal setakat untuk kerja group dah la kan. 

Pastu aku rasa sem 1 ni tak produktif langsung. Sebab jadual tak pack langsung. Sehari 1-2 kelas je. Satu kelas 2 jam. Pastu balik makan, tidur, buat assignment. Study nya tak pun hahaha. Tengok tengok dah final exam huhu. Kalau kat matriks setiap hari kelas 8am sampai 4pm pergh pack betul rasa produktif roxx tidur petang lepas kelas tu nikmat gila. Tapi ni baru sem 1 ha senior kata memang camni, kita tengok next next sem pulak ahaks. 

Dan memandangkan puncak perdana ni betul dekat dengan rumah aku, (30 mins away) aku balik la setiap minggu. Boleh kira kot berapa kali aku tak balik waktu weekend. 2 kali je wei!!! HAHAHA. First time sebab aku join supro (sukan program) 2nd time sebab gap exam. Entahla tak boleh la tak balik sebab rumah dekat en takde program pape kat kolej macam pelik je duduk kat kolej. Balik rumah jimat sikit duit hehe. 

Ha pasal belajar pulak, aku rasa aku suka course aku ni (information system management). Setakat ni belajar pasal internet, computer, library skills, foundation of IM. Entah la mungkin sebab takde calculation kot and aku memang suka bab bab computer/ internet ni lol. Next sem belajar web designing aaa excited. Subjek yang aku tak suka ctu sebab belajar sejarah askdjksjf maleh aku. So untuk sem 1 ni memang menghafal je. Harap2 result tu elok la hahahaha entah la kalau tak elok tu memang aku patut m*ti je huhu ok gurau. 

Sooo to sum up about my first semester, everything was great. I survived!! Azam baru untuk next sem adalah untuk kurang2 kan lah balik rumah tu HAHAHA. Pastu be more confident masa presentation, pastu buat nota awal awal, pastu tolonggg la buat kawan, ko ni dasar pemalas. Pastuuuu, tu je kot. Ok bye!