Sunday, October 4, 2020

~ Cuti sem ~

Hello! Dah lama tak update blog, diary pun sama dah berapa bulan tak sentuh. Sebab waktu ODL haritu busy sangat. Bila dah cuti sem malas nak update jugak haha. Sekarang tinggal seminggu je nak start sem baru tapi baru rasa macam nak update.  

Sepanjang sem 2 kitorang ODL (online distance learning) kecuali waktu awal sem, so ada macam dalam sebulan jugak la kelas macam biasa. Ada PKP, selepas beberapa minggu PKP start baru ODL dijalankan. Sepanjang ODL seksa gila!!! Kelas sikit je tapi assignment banyak nak mampos. Hantar satu, ada lagi assignment lain datang walaupun assignment yang belum due date ada banyak lagi tak siap. Basically ODL ni nak hantar assignment on time semata mata, belajar apa pun tak tau lah. Apa yang paling susah bagi aku ODL ni, kalau group assignment, lagi lagi assignment kena edit video ni paling susah nak buat perbincangan. Susah sangat susah!!! Walaupun dah bahagi tugas, tapi rasa macam aku sorang yang paling banyak buat kerja sebab aku yang kena edit. Kelas online apatah lagi, pukul 8 pagi dah kena dengar lecture online, memang aku tidur lah HAHAHA. Tak tahu lah belajar apa,,, idk,, online classes are so ineffectice tbh. Sem 2 rasa lama gila, biasa ada 12 weeks je tapi rasa macam 20 weeks aksldjlkj. Tapi Alhamdulillah, aku dapat survive, bertahan sampai habis sem. Hasilnya, dapat lah pointer 3.55 termasuk dalam dean list. Alhamdulillah. 

Waktu cuti sem pulak aku tengok kdrama jelah hahahaha. Kdrama yang aku dah tengok sepanjang cuti ni: Unfamiliar family, It's ok to not be ok, Stove league, Was it love, Flower of evil, Do you like brahms (on-going), Go ahead (dropped), Record of youth (dropped). Tu je kot rasanya. Tapi paling best yang terjadi!!!! Lovelyz comeback!!!! I also bought their album T_T my first lovelyz album ever and i have no regrets at all <33 The reason why i wanted to buy them because i had some extra money. Lagi satu, lovelyz contract are going to end next year, so we don't know what will happen to them. So i didn't want to regret not having any lovelyz ot8 album. So tahun ni beli 2 album, rendez-vous dengan unforgettable (B version) hehe. 

Btw, cuti ni aku ada kerja jugak dekat klinik dayah kerja tu. Kerja locum jee. Mula mula tu susah jugak la, rasa humiliating jugak lah sebab rasa pressured. My anxiety kicked me in the ass, my heart kept beating so fast and my palms were always sweating. Dalam 7 hari jugak la kerja kat situ.. hari 6-7 camtu dah tak nervous sangat pastu confident sikit lol. Literally took me so long to overcome my anxiety T_T but im proud of myself tho, i did well despite being scared and nervous *pats myself* <33 Idk, i'm just scared of meeting people.. idk if it's social anxiety or sumn. Satu hari dapat Rm60, so total dapat rm420. Wow banyak jugak kan. Tapi dah guna banyak, beli album lovelyz, beli tudung dua helai, pastu latest ni beli wireless earpods Rm149 HAHAHAHAH. Benda paling mahal yang aku pernah beli untuk tahun ni hihihih. Tapi tak sampai lagi, harap harap berbaloi lah. 

Sepatutnya semalam dah start daftar kolej. Tapi baru baru ni kes covid makin naik pulak. Sekarang 3rd wave dekat malaysia. Ada student yang dah daftar hari sabtu, pastu tiba tiba KPT suruh semua balik rumah. Ko bayangkan datang dari jauh, pastu kena halau????? kesian,, Everything was a mess doh.. patutunya dari awal tetapkan je ODL sampai habis 2020. Tengok, apa dah jadi. Howeverrrr, dekat twitter ramai yang nak tolong student yang terkandas dekat uni, or dekat mana mana yang takde duit nak balik. Terharu tengok ramai yang murah hati nak tolong. Hashtag rakyat jaga rakyat!  Tapi aku rasa macam clown jugak lah dah siap beli barang kolej, siap beli water heater lagi... hahaha...... semangat sis......

No comments :

Post a Comment